Welcome to Ronald Jack's blog.. :)
" RJ's Blog"

Wednesday, February 29, 2012

Kalau kau seorang kawan, fikirkanlah~


kawan, kau tahu apakah isi kandungan & dialog2 di dalam hati aku? aku cuma nak kau tahu, luaran dan dalaman aku tak pernah sama. kalau kau lihat aku senang, ketahuilah kau bahawa didalam hati ini sedang memikirkan seribu kesusahan yang dialami. kalau kau lihat aku ketawa, ketahuilah kau hati ini sedang menangis. kalau kau lihat aku berdiam diri, ketahuilah kau hati ini sedang terseksa. kenapa luaran & dalaman aku tak sama? kerana aku suka memendamkan perasaan aku. kerana aku sedang menjaga hati kau. kerana aku sedang mengelakkan masalah yang akan kau berikan pada aku. kerana aku tidak mahu kau susah kerana aku. malam ini, aku mahu kau tahu serba sedikit isi kandungan didalam hati aku. kau tahu kenapa aku suka menyendiri di dalam bilik pada satu2 masa?pasal aku rasa, aku lebih selamat di dalam bilik. hati aku tak sakit kerana sikap kau. hati aku akan lebih tenang kerana menyendiri. terpulanglah kau nak kata aku sombong or pentingkan diri. kau nak kata aku pentingkan diri? aku dah berkorban terlalu banyak untuk kau sampai aku dah tak sanggup nak berkorban lagi. kau tak pernah nampak. aku hanya berdiam diri sahaja. kau hanya nampak pengorbanan kau saja. ya, aku nampak pengorbanan kau. tapi aku mahu tanya kau, pengorbanan kau itu ikhlas kew? kenapa kau mesti mengungkit pengorbanan kau terhadap aku bila aku tak menuruti kehendak kau? fikirkan itu kawan. kau nak tahu kenapa aku kedekut? kau nak tahu kenapa aku selalu sorokkan barang2 aku, makanan aku? pasal aku tak kaya macam kau. aku tak ada duit. aku bukan tak mahu berkongsi tapi aku terpaksa pentingkan diri setelah apa yang kau dah lakukan pada aku. kau yang ajarkan aku pentingkan diri. sebelum ini, aku beri kelonggaran pada kau untuk gunakan barang aku tapi minta izin aku. tapi apa yang kau lakukan? kau ambil sesuka hati kau dan kau simpan. mentang2lah aku ni pelupa. macam tu kew kau layan kawan kau? tak apa. aku bersabar. kenapa kalau lepas kau pinjam, kau tak pulangkan balik pada aku? kenapa mesti susah sangat aku nak dapatkan barang yang memang milik aku? sampai aku pula yang dah naik malu bertanya kau banyak kali. sampai kau dah naik angin dengan pertanyaan aku. kau kena ingat kawan, kalau aku tak bertanya banyak kali, kau takkan pulangkan barang aku. kenapa kau harus marah sekiranya aku bertanya banyak kali kerana ketidakselesaan itu kau yang pinta? kau ingat aku mahu kew tanya kau banyak2 kali? susah kew untuk bertanggungjawab dengan barang aku yang kau pinjam? kau dah guna barang aku, lepas itu kau bagi kawan kau guna. dah lah kawan kau tu aku tak kenal. kau buat macam barang kau jew kan? kau tahu apa yang aku marah? disebabkan perbuatan kau, aku dapat susah. aku pulak nak kena pinjam barang orang pasal kau dah bagi kawan kau pinjam barang aku. tuan tak dapat guna barang pasal orang lain dah guna. aku cukup tak selesa dengan perangai kau. fikirkan tuh kawan. kau nak kata aku berkira? memang aku berkira. kau baru kenal aku, kawan. kau ingat aku kaya kew dengan barang2 yang aku ada? mak bapak aku bersusah payah untuk bagi aku duit untuk aku dapatkan barang2 yang aku ada. kerana tu lah aku sayang barang2 aku. selain itu, aku yang bersusah payah cari duit dapatkan barang2 tu. lepas itu, kau suka2 buat harta. kau ingat aku kaya macam kau? kawan, aku nak kau tahu satu fakta. Baju Seed, Padini, Levi’s or anything yang branded, kau ingat aku biasa kew pakai, aku biasa kew beli? untuk pengetahuan kau, itu lah baju pertama yang aku beli dari Padini. untuk pengetahuan kau, itulah baju melayu pertama aku beli sampai rm100 lebih. dan kalau kau nak tahu, 5 tahun sejak aku form1, aku pakai baju melayu yang sama untuk beraya. pasal aku tanak mak bapak aku membazir duit beli baju untuk aku. duit beli baju aku tu boleh guna untuk belikan baju adik2 aku yang mahu rasai nikmat berhari raya selain menampung perbelanjaan keluarga. itulah baju melayu baru aku selepas 5 tahun. kau nak tahu kenapa aku sayang sangat? pasal mak aku nak aku dilihat cantik semasa menuntut ilmu di rantauan. kau ingat aku tak menangis terharu? sungguhpun tiada air mata yang menitis, hati ini menangis sebak. kau tahu kenapa aku marah bila kau guna barang aku dengan kasar? pasal aku tanak duit mak aku terbang macam tu jew. aku nak barang2 yang dibeli guna duit mak aku bertahan lama. aku tanak dia rosak. tapi kau, suka2 kau jew buat barang aku macam barang kau. yelah, bukan barang kau, watpe nak jaga kan? disebabkan pendirian kau yang begitulah, aku susah nak bagi kau pakai barang aku. kalau rosak, kau bukan nak ganti balik. Then, aku lak terhegeh2 kena minta. aku dah penat tau bersabar. kenapa aku suka kunci bilik aku? pasal kau tak tahu hargai tempat aku. aku dah kemas elok2, aku dah bersihkan, kau masuk jew, habis kotor semua. kalau kemas balik tak apa, ni kau bla camtu jew. last sekali, aku yang kena kemas. tuh sebab aku tanak kau masuk bilik aku. kau cuma bagi masalah jew kat aku. jangan marah aku kalau aku cakap camni. kenapa? kalau bilik kau, kau tahu marah. habis, aku tak tahu marah lah? fikirkan itu kawan. kenapa tiap kali kau ajak aku buat aktiviti gunakan duit, aku menolak? pasal aku memang tak ada duit. masa kau ajak aku tu, memang aku ada duit tapi fikirkan masa depan. kalau esok lusa aku susah, kau bukan nak tolong pun. jadi, untuk mengelakkan minta pertolongan kau, aku berjimat duit aku. kau tahu kenapa aku susah nak belanja kau? pasal duit tu cukup2 makan jew untuk aku. memang ada banyak. tapi kau fikir, aku nak hidup seminggu jew kew? aku nak hidup sebulan sebelum aku dapat duit seterusnya. time aku senang, kau datang lah, time aku susah, langsung tak ingat aku pun. dah lah cukup2 makan, mak bapak bagi duit tu, supaya aku makan. nih aku terpaksa berlapar pulak pasal nak belanja kau. kau pernah berlapar pasal belanja aku? aku bukan nak kedekut, bukan nak berkira. tapi cara kau tuh agak2. orang lain pun susah tau, bukan kau sorang. kau susah, kau boleh minta duit. aku pun boleh minta duit, tapi aku tak sanggup. aku tahu keadaan family aku macam mana. duit yang diorang bagi kat aku tuh dah cukup law aku berjimat & aku sorang makan. tapi dah habis kat kau. lepas tu, aku nak minta lagi. kalau diorang tanya mana pergi duit tu, aku nak jawab apa? pasal kau, aku terpaksa tipu mak bapak aku tau. fikirkanlah kawan. kau nak tahu kenapa aku lebih suka keluar? pasal aku tak tahan duduk dengan kau. ada jew benda yang salah. buat nih salah, itu salah. kau buat aku stress tau. kau perasan tak? tak pernah perasan. kau fikir stress kau jew, aku nih tade stress lah. aku diam bukan aku akur. aku cuma tak nak timbulkan masalah. kalau ikutkan hati aku, aku pun naik angin. aku tak suka bergaduh. tambah masalah jew. fikirkanlah kawan. aku dah cukup stress dengan pelajaran aku, dengan kisah cinta aku, kalau kau kawan, tolonglah jangan tambah kan stress yang dah ada. kepada sesiapa yang tidak berkaitan dengan aku, tak kenal aku pun, aku pun nak korang fikir juga apa aku tulis. mungkin bukan untuk aku, tapi untuk orang sekeliling kau. mungkin ada kawan2 kau yang senasib dengan aku. mungkin kawan2 kau yang senasib dengan aku juga memendam perasaan seperti aku. kalau kau seorang kawan, fikirkanlah.

Tuesday, January 10, 2012

Bila Bunga Dipetik Orang.



hari ini merupakan hari paling sukar bagi aku. apa yang aku dah buat hari ini, bagi impak yang besar dalam hidup aku. apa yang aku dah buat hari ini, akan membuatkan aku kehilangan, tak akan dapat peluang langsung untuk berkawan, kehilangan beberapa kawan yang aku kenal melalui dia, kehilangan semangat aku, kehilangan hati aku, kehilangan kawan, kehilangan kawan baik, kehilangan orang kesayangan, kehilangan semua. kehilangan seorang gadis bernama Nursyafiqah Nasuha binti Shaharrudden.gadis paling bermakna dalam hidup aku sekarang.gadis yang banyak mengajar aku benda baru. gadis yang banyak memberi aku kenangan manis yang tak pernah aku dapat sebelum ini. dan hari ini, aku dah lukakan hati dia. kalau lah dia tahu isi hati aku. tapi dia tak akan tahu. dan aku menulis di sini untuk meluahkan apa yang terbuku di hati dan berharap dia akan membacanya jika dia masih sudi.


kepada Nasuha:
apa yang saya ingin tulis di sini semua nya luahan hati saya yang saya pendam sebelum ini. lama dah saya pendam semua ni. hari ini saya akan jujur kan segala nya. hari sabtu, 21 May 2011, hari kita berdua mendaftarkan diri di Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang untuk bidang yang sama, Pengurusan Perhotelan. saya tak pernah lupa tarikh nih coz ini tarikh hari jadi awak. :) saya terharu & tergelak lepas baca pengakuan awak, awak kutuk saya 'nerd' tapi tertarik pasal saya tinggi. ha3! kelakar jew. tapi sayang, saya tak nampak awak lagi masa tu. selepas kita mula belajar seperti pelajar universiti, saya nampak awak. awak selalu bersendirian. awak selalu keluar awal lepas habis kelas. saya perhatikan jew awak. :) pada 1 hari, saya nampak awak basuh pinggan mangkuk di sinki selepas habis memasak di kelas kitchen. keinginan saya untuk kenal awak makin mendalam, maka saya tak akan lepaskan peluang ini. saya mula tegur awak. sembang macam2. tapi masa tu, saya tak mahu terburu2 lagi. pertemuan kita semakin rapat selepas kelas keesokannya, habis awal. saya nak pergi keluarkan duit di mesin ATM, dalam perjalanan, saya nampak awak. saya ajak awak sekali pergi coz saya ada dengar awak nak keluarkan duit juga. pada masa yang sama, saya dapat duit 'free'.  jodoh kita bertemu lagi semasa laptop baru saya rosak. saya pergi hantar kedai & ponteng KESATRIA. malam itu saya saja bagi alasan nak pinjam laptop untuk buat surat cuti, padahal saya nak jumpa awak jew. buat surat tu, kat cc pun boleh. malam itu, saya kenal Anna, kawan awak yang memandang rendah kepada saya. betapa sedihnya saya masa itu. awak begitu takut laptop awak hilang, awak minta cagaran. saya bagi IC, kad bank saya & kad matrik saya. siap tertinggal phone lagi. :) esok nya, saya pulangkan seperti sediakala. dan mula disitu, kita mula rapat. semakin rapat. habiskan masa bersama. makan bersama. pergi kelas bersama. tengok wayang bersama. shopping bersama. & saya kenal Lily. :) kawan baik awak, ex pakwe awak sekarang. huwm. :( saya mula jatuh hati pada awak sebelum kita balik cuti mid-term, tapi saya takut untuk luahkan coz takut terlalu awal. akhirnya, awak dapat tahu selepas saya tak kasi awak berkenalan dengan kawan saya, Yusri. saya cemburu! :( dalam minggu itu juga, hari ulang tahun kelahiran saya, tapi laptop saya kena virus. saya dapat free call but just useless. masa itu, saya cuma ingat awak. kerana itu lah, saya banyak kali call awak. saya jatuh hati lagi selepas dengar suara manja awak. buat pertama kali nya. saya bagai dilamun cinta. berada di awang-awangan. awak nak tahu mana saya simpan record tu? berada selamat di rumah saya. saya tak kan bawa ke Penang coz saya tahu awak akan check. saya dah keluarkan awal-awal dan simpan di pendrive saya lagi satu di rumah. pendrive tu saya beli hanya kerana nak simpan record tu. ha3! :D kini awak dah tahu kan record tu dimana. hee~ lepas tu, saya tak sabar2 nak balik. coz saya nak jumpa awak! awak lah orang paling saya rindu! hari yang berlalu, semua bersama awak. masa itu, awak kesusahan, awak tidak dapat duit dari mak awak kerana saya. saya bawa kereta ayah awak ke rumah awak masa kita pergi interview pengurus hotel 'Grand Continental'. saya minta maaf awak.then, satu hari, awak buat semua yang saya suruh, dengan alasan, awak akan buat apa sahaja asalkan ada orang bagi awak makan coz awak tak ada duit. sory awak. selama ni, apa sahaja yang saya belanja awak, bukan kerana awak buat semua yang saya suruh. saya belanja awak, belikan apa sahaja yang awak mahu, coz saya mahu lihat awak senyum, senang. tidak menghadapi kesusahan. tambah2 lagi, bila saya tahu, latar belakang keluarga awak. saya rasa kasihan sangat pada awak. Sunway Carnival dah menyaksikan segala-galanya, semua kenangan manis kita. Just Pizza adalah saksi utama. kedai kegemaran kita. :) masa itu saya nak belanja awak berbuka puasa kat Pizza Hut, tapi penuh! terpaksa lah berbuka di tepi jalan. saya ajak awak pergi duduk di kerusi di Just Pizza tu coz kita kan dah beli roti dia, mesti boleh duduk. rupa nya kena order. malunya! :) nak tutup malu, saya order jew lah. kita luahkan perasaan, shopping. bulan puasa tahun lepas merupakan bulan puasa paling indah bagi saya kerana disamping awak. awak tahu, saya terharu sangat awak bangun awal semata-mata untuk hantar saya balik di Penang Sentral semasa cuti Hari Raya Aidilfitri. kenangan pagi itu tak akan saya lupakan. masa tu, saya dapat rasakan cinta awak. semasa saya di Melaka, saya tersentuh dengan ayat awak yang tak bagi Kyla pegang tangan saya sebab awak cemburu! coz awak dapat tahu saya keluar berbuka dengan dia. saya terkejut dengan ayat itu. saya tak lupa sampai hari ini. mungkin sampai bila-bila. balik sahaja dari cuti, saya jemput awak di jeti. awak balik naik feri. hee~ gembiranya saya masa itu. :) selepas itu, kita lalui hari-hari yang indah sehinggalah kita ke Kedah. awak tahu, saya begitu terasa dengan awak. saya terasa awak menduakan saya. Ya Allah. masa tu, Tuhan saja yang tahu. malam itu saya naik angin bukanlah kerana minyak kereta nak habis, tapi saya marahkan awak. esoknya pula, ayah kawan baik saya, Ibrahim meninggal. masa itu, saya terasa menyesal ikut awak pergi. masa itu saya juga terasa menyesal gunakan Ibrahim sebagai alasan ikut awak pergi. selepas itu, kita berbaik semula. hairan kan? kan saya dah kata, saya akan jadi buta bila sayangkan awak. saya akan berubah kerana awak. sehinggalah kita pergi kL sama-sama masa cuti semester. ya Allah. sayangnya nak bagi awak pergi dengan Mahathir. Allah jew tahu hati saya meronta-ronta. cuti semester tu, banyak buatkan saya sakit hati dengan awak. memang saya beri keizinan awak pergi dengan orang lain, tapi hati lelaki mana yang tidak sakit lihat gadisnya keluar dengan lelaki lain. saya mengaku, awak jadi begitu kerana saya. saya selalu sangat keluar dengan Kyla, Nooraniza. tapi masa tu, saya marah sangat dengan awak. lepas naik cuti, orang yang saya paling tak sabar nak jumpa ialah awak. walaupun saya marahkan awak. minggu pertama semester kedua berjalan dengan baik. sehingga lah hari isnin minggu kedua, perasaan cemburu saya pada Nas, membuatkan awak sakit hati. pergi meninggalkan saya di dalam hujan lebat. esok itu saya berusaha memohon maaf awak. berjaya. hari jumaat minggu itu, awak mengamuk. awak dapat tahu saya menggatal dengan orang lain. tapi awak tak pernah tahu, yang saya hanyalah melepaskan marah saya pada perempuan lain. coz saya takut nak cakap kat awak, saya marah. nanti awak marah saya balik, saya kena pujuk balik. saya tak suka cari susah, awak. dan awak pun mula rapat dengan pakwe awak sekarang. semakin lama, semakin melampau. saya sedar malam itu, saya akan kehilangan awak selama-lamanya. tapi saya seboleh2 tak mahu berputus asa. tapi sayang, seribu kali sayang. apa yang saya buat, hanya memburukkan keadaan. akhirnya, awak terus pergi kepada dia. bodohkan saya. :) saya terlalu takut kehilangan awak membuatkan saya kehilangan kewarasan diri saya. hari2 selepas itu, saya penuh dengan lakonan, awak. saya cume berlakon sahaja yang saya relakan awak pergi dengan pakwe awak sekarang ini. semata-mata, saya tak mahu awak pergi dari hidup saya. tapi hati ini, Allah jew tahu. saya rasa, awak tahu, saya ini bagaimana. mulut kata lain, hati kata lain. tapi awak, berapa lama saya perlu berlakon. saya dah tak tahan lagi. sakit hati ini dah tak mampu dibendung lagi awak.dan malam tadi, 9 Januari 2012, saya begitu terasa yang tak mampu di tahan. selepas awak pergi, saya dah tak mampu menahan marah saya. saya baca diari yang awak bagi untuk ke berapa ratus kali, coz setiap kali marah, diari itu yang menenangkan saya. tapi tak bertahan lama. hari ini saya putuskan hubungan kita. saya pulangkan segala-gala kenangan yang mengingatkan tentang awak. awak. saya ada sebab kenapa saya minta sweater awak, tapi saya pulangkan lukisan & diari awak. sweater awak akan membuatkan saya merasa awak ada dalam diri saya. awak ada dalam hati saya. walaupun hanyalah bayang2 awak sahaja. saya pulangkan lukisan & diari awak coz semua itu memberitahu saya tentang perasaan awak. itu yang membuatkan saya menangis. coz awak dah tak cinta saya lagi. saya pulangkan lukisan untuk birthday saya coz lukisan itu untuk tarikh birthday saya, tarikh dimana saya mula hatuh hati pada awak, tarikh dimana awak berucap manja kepada saya. setiap kali saya lihat gambar itu, saya teringat kenangan itu. saya dah tak mahu ingat semua itu, kerana semua itu sudah tiada lagi. awak dah tak cintakan saya. awak dah ada orang lain. awak. saya memang loser. saya tak sehebat pakwe awak sekarang. dia mampu untuk tinggalkan Lily, lepas itu, suka pada awak. cinta saya ibarat nyawa nilainya. datanglah berjuta gadis gebu, cantik, menawan, kaya untuk memikat saya, jika cinta saya untuk awak, selamanya untuk awak. seperti saya pernah cakap, ia akan memakan masa yang lama untuk menghilangkan cinta itu untuk awak. mungkin 6 bulan, setahun, dua tahun. dalam tempoh itu juga, saya akan merosot. tapi kini saya runsing, kerana saya takut menjejaskan prestasi saya di Universiti. itu yang menjadikan saya kurang waras dalam tindakan saya. saya perlukan masa untuk hilangkan cinta itu, tapi saya juga terpaksa study dalam keadaan jiwa kosong. macam awak tahu, saya tidak boleh belajar jika saya tidak mahu. tapi saya terpaksa. seperti awak tahu juga, saya tak akan boleh melakukan apa-apa jika saya tidak ikhlas untuk melakukan nya. huwm. percayalah, segala perbuatan baik & jahat saya, sehingga melukakan awak, salah di mata awak, semuanya kerana awak. puncanya ialah awak. puncanya ialah kerana terlalu sayangkan awak. sakit nya hati ini awak. saya tahu awak pasti akan bosan & benci baca segala karangan saya. saya yakin awak dah tak akan percaya lagi kata-kata saya. tapi untuk apa lagi saya berbohong, berlakon untuk bersama awak, jika saya tak bahagia lagi macam dulu, jika hati awak sudah ada pada orang lain. saya sudah sehabis jujur hari ini. jika awak masih tidak percaya bahawa segala perbuatan buruk saya adalah kerana awak, awak boleh pertikaikan & saya akan jawab dengan jujur, tanpa lakonan lagi. saya dah putus asa. awak pun dah tak mahu ambil tahu pasal saya lagi kan. tak apa lah, saya yang pinta masalah, saya akan tanggung sendirian. terlerailah janji kita, susah senang bersama. :) tapi saya akan follow up keadaan awak, kerana saya masih lagi tidak mahu awak susah walaupun saya sudah putus asa, kecewa yang melampau, patah hati yang tidak akan bercantum semula. terima kasih jika awak sudi baca karangan saya yang berjela-jela ini. kan saya kata, kenangan kita terlalu banyak. halalkan segala-galanya. saya juga halalkan segala-galanya. buat masa ini, saya mahu bersendirian. saya berharap suatu hari nanti, hubungan kita akan terikat semula dan kenangan indah kembali berputik. biarkan saya hidup di dalam bayang-bayang awak. ia mungkin membantu saya untuk bangun dan belajar dengan berbekalkan kenangan kata-kata semangat awak. terima kasih untuk semua. Nasuha~
*saya menulis ini bukan lagi untuk membuat awak sakit hati, meminta simpati or apa2 yang awak fikir. apa saya tulis, semua adalah bait-bait puisi yang saya ingin luahkan. :)

Saturday, December 24, 2011

Berhenti Berharap & Dan

Berhenti Berharap


Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahri
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini


Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta ku dapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan


Aku pulang
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganku


Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita



Aku pulang
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku


Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua


Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nati suatu saat
Tak ada cinta ku dapat


Dan


Dan
Bila esok datang kembali
Seperti sedia kala
Dimana kau bisa bercanda


Dan
Perlahan kau pun
Lupakan aku mimpi burukmu
Dimana telah ku tancapkan duri tajam
Kau pun menangis menangis sedih
Maafkan aku


Dan
Bukan maksudku
Bukan inginku melukaimu
Sedarkah kau di sini ku pun terluka
Melupakan mu menepikanmu
Maafkan aku


Lupakanlah saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala
Caci maki saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala


notes: akhirnya, saya lepaskan juga awak kan. huwm. :) macam tak percaya. saya kehilangan ramai orang yang saya sayang tahun ni. tujuan saya post blog ini bukan nak buat awak rasa bersalah or buat awak kasihan pada saya. saya cuma nak luahkan perasaan saya. entah macam mana, malam yang sejuk ni, saya teringat awak, kenangan saya dgn awak & pengakuan awak malam kelmarin. :) akhirnya, awak mengaku yang saya dah kehilangan awak & hati awak dah dimiliki oleh orang lain. :) takpe. saya faham. & saya tak kisah. saya lah punca semua ini terjadi. saya terlalu menyayangi awak, terlalu cintakan awak sehingga saya kehilangan awak. saya terlalu takut kehilangan awak sehingga saya memang kehilangan awak. kadang saya tak tahu apa yang saya tengah rasa sekarang. sedih kew kecewa kew terkilan kew ape kew. saya pun tak tahu. tapi gembira itu mustahil. hati saya kosong. mungkin inilah perasaan yang awak rasa dulu, hati kosong, macam awak selalu cakap dulu. sekarang saya dah rasa. saya dah tak rasa apa2. saya tak sedih, saya tak marah, tak kecewa. tapi saya ada rasa sumtink yang saya sendiri tak tahu nak sifatkan nya sebagai apa. :) saya harap, dia akan jaga awak sebaik mungkin. saya lihat, dia lebih hebat dari saya. dia comel, handsome, mampu buat awak tersenyum, mampu redakan kemarahan awak. tidak seperti saya, saya lebih suka ikut cakap awak dari buatkan awak ikut cakap saya. dia hebat. dia ada segalanya awak. awak tak rugi jika memiliki dia. tentang cinta 3 segi tu, saya tak akan campur apa apa, awak jangan risau. apa saja keputusan awak, saya terima. terpulanglah kepada awak, dia & dia ntok membuat keputusan. saya dah pun terkeluar dari kumpulan kamu semua. lepas ni, saya akan cari kehidupan yang baru. saya harap awk ingat saya sampai bila2 ya. nanti kahwin, jgn lupa jemput. saya nak sgt datang ke kenduri kahwin orang2 kesayangan saya. :) saya suka bila awak pakai baju warna kesukaan saya! :)



Monday, November 7, 2011

Ella Sepi Sekuntum Mawar Merah
Berulang kali kumencuba
Memujuk hati
Lupakan semua
Kenangan

Namun mimpi bertemu lagi
Di saat engkau
Tiada di sisi...

Ku berpegang pada janji
Tercipta antara kita dulu

Hilangmu tiada berganti
Biarlah begini

Ku belayar di lautan
Tidak bertepian
Sesekali disedarkan
Ombak yang mendatang
Aku seperti hilang
Punca arah dan tujuan

Aku puisikan namamu
Bersama rindu
Di dalam sendu



Sebab & reason aku letak lagu nih sebagai post kali ini:

1stly, lagu nih sebenar nya aku nak tujukan pada someone special yang pernah menjadi penyeri hidup aku dulu. tapi kini, dia sudah berbahagia bersama pilihan hatinya. tak ape lah. aku sudah terima kenyataan yang aku memang sudah kehilangan dia. apa boleh buat, silap aku sendiri yang membuatkan dye pergi dari hidup aku. aku fikir, apa yang aku buat, adalah cara yang betul untuk aku mendewasakan diri aku. tapi, aku terlupa akan ada yang terluka. huwm. tapi sayang, aku lupa nak bagitahu dia sesuatu, yang sebenarnya, bnyak nama yang aku bagitahu dia tuh adalah dusta. sengaja nak bagi dye jeles. coz aku suka pmpn yg aq syg tuh jeles, aq trase d syangi..ha3! bodoh! now, aku dah terima balasan nya. pada mula nya, aku tidak dapat terima kenyataan yang aku dah hilang dye, sudah masuk kali ke berapa. tapi kali ini, aku rasa macam aku mmg tak ada harapan nak dapatkan dia balik. dan setelah aku berfikir dgn matang, waras dan penuh kedewasaan, aku fikir, jika sudah tiada jodoh, aku lakukan apa pun, keputusan nya tetap sama. maka, aku redha jew dgn apa yg berlaku. mungkin pertemuan kami dulu hanyalah memori singkat untuk kami berdua tersenyum bila terkenangkan nya. namun, kini, segala yg berlaku dulu, tak akan berulang lagi. & aku tak mahu hilang dye terus. dan seorg yg matang, tidak perlu bermusuhan dgn perempuan jika sudah kehilangan nya. takdir yang menentukan nya. bukan salah siapa2 pun. aku ulang sekali lagi ayat ini, " Sayang tidak semestinya Memiliki ". so, jika aku jadi kawan dia, dan melihat dia gembira dgn pilihan dia sendiri, sudah cukup untuk membuat aku bahagia. " Sayang seseorang itu termasuk dengan korbankan apa saja termasuk perasaan kita terhadap dia jika dia memilih yang lain sbgai teman hidup berbanding sayang dengan menyeksa dia menjadi milik kita yang dia tak ada hati pada kita, sayang yang pertama lebih bahagia walaupun kita yang terseksa." aku tak nak berucap panjang. kepada Nooraniza, saya harap awak akan baca post saya kali ini. kerana post ini untuk awak. saya harap, awak gembira dengan pasangan awak. & jangan buang saya ya. walaupun tidak dapat menjalinkan hubungan sebagai teman, saya masih mahu menjalinkan hubungan persahabatan dgn awk. supaya awk akan terus ada d mata saya. saya tak kan ganggu hubungan awak kali ini. setia lah pada dia. jangan jadi seperti saya ini. & saya berharap, hubungan awak dengan dia sehingga ke jinjang pelamin. saya teringin nak makan nasi diesel awak. :) & semoga dapat anak2 yang baik. pelan rumah yg saya ingin ciptakan untuk awak dah terhapus. sory~ :( saya dah bakar masa saya marah sgt dengan awk. saya tak tahu sama ada ada copy or sye masih boleh lukis lagi. coz awk ta dpat tgk lg pelan tuh. itu saja yang saya nak cakap. awak lah org paling saya sayang sehingga muncul seorang wanita yang bersedia menjadi isteri saya kelak. jangan lupakan kenangan kita kerana saya sering terpandang2 kenangan tuh. jangan lupakan gabungan nombor yang awak ciptakan ntok saya dulu yang kini menjadi nombor bermakna dan kesukaan saya sekarang. gabungan nombor tuh ada pada gambar kita ini. rindu kamu!
note: saya yakin kenapa awak tahu maksud tulisan berwarna & saya yakin awak juga tahu warna kesukaan saya.

Friday, November 4, 2011

Result Day~

Hari ini, adalah hari keputusan. kenapa aku cakap hari keputusan? semua pelajar UiTM akan menghubungi kawan2 diorg atas satu tujuan. Semua budak UiTM akan online facebook hari ni. Semua akan start post at wall, comment wall, chatting, update status..macam2 lah..tapi bagusnya hari ini ialah orang yang tak pernah tegur kita pun tegur kita. tiba2 jew mesra. tiba2 jew peramah. Hanya kerana 1 sebab. Nak tahu keputusan. & masa tuh lar akan start drama petang2. Paling kerap drama yang ditayangkan ialah, " Ko dapat berapa weh? " kawan dia pun tersipu2, " Ko lew dulu, ko dapat berapa? " yang tanya pun lorat malu2, "ala..aku tanya ko dulu an, ko r gtaw dlu.." dan seterusnya..aku tak kutuk pun sebenarnya, cuma aku ingin menggambarkan suasana hari keputusan nih..(aku pun camtuh gak~ ) then, masa dah dapat keputusan, perkara pertama sekali remaja akan buat, update status kat fb. ada yang bersyukur, ada yang sedih, ada yang maki2, ada yang tiba2 update benda yang tak berkaitan dgn keputusan..masa ni lah aku paling suka..& masa ni lah aku akan rajin buka fb org..baca comment org..kerana? masa ni lah baru kita nampak warna warni sifat manusia..masa ni lah kita nampak pelbagai jenis manusia di dunia nih..menarik kan? after dapat result, majoriti g celebrate..dgn kawan2, family, psgn msing2..ade juga yg ta celebrate..maybe kurang berkemampuan..& ada juga yg berada sikit, buat party..ada juga buat kenduri doa kesyukuran..biasalah tuh..bila mendapat benda baik, bersyukur pada Allah itu penting...banyak lagi sebenarnya aku nak cerita pasal hari keputusan, tapi aku malas nak taip. penat pulak. apa2 pun Tahniah kepada yang dapat Dekan tuh. rezeki anda. kekalkan pencapaian. pada yang kurang memberansangkan, Tahniah juga kerana anda telah berjaya membuat sebaik mungkin, cuma rezeki anda tiada. maka, usaha lagi pada semester yang akan datang. aku yakin, pasti ada yang akan tertanya2 berapa result aku. aku bukan malu. bukan juga berlagak. cuma malas nak ulang benda yang sama. so, cani lah. sebelum korang tanya apa2 soalan kat aku berkaitan dengan keputusan, tengok gambar kat bawah dulu k..Allah Merahmati Pelajar UiTM!

Thursday, November 3, 2011

System Of A Down - Soldier Side

Dead men lying on the bottom of the grave
Wondering when savior comes, is he gonna be saved
Maybe you're a sinner into your alternate life
Maybe you're a joker, maybe you deserve to die

They were crying when their sons left
God is wearing black
He's gone so far to find no hope
He's never coming back

They were crying when their sons left
All young men must go
He's come so far to find the truth
He's never going home

Young men standing on the top of their own graves
Wondering when Jesus comes, are they gonna be saved
Cruelty to the winner, bishop tells the king his lies
Maybe you're a mourner, maybe you deserve to die

They were crying when their sons left
God is wearing black
He's gone so far to find no hope
He's never coming back

They were crying when their sons left
All young men must go
He's come so far to find no truth
He's never going home

Welcome to the soldier side
Where there is no one here but me
People all grow up to die
There is no one here but me

Welcome to the soldier side
There is no one here but me
People on the soldier side
There is no one here but me 



:: serius.. aku suka gila lagu nih..walaupun dah lama, liriknya dan cara nyanyian nya, nada nya, menyentuh kalbu aku..aku dapat merasakan kesedihan yang cuba disampaikan..pengajaran: hormatilah & sayangilah ibu bapa kita semasa ada..berterima kasih & kenangilah para pejuang negara yang sanggup mengorbankan diri, perasaan samada perasaan dia terhadapa keluarga, isteri & perasaan family, isteri, anak2 terhadap dia telah dikorbankan semata-mata untuk mempertahankan negara demi anak-anak & cucu-cucu mereka..sesungguhnya pengorbanan mereka teramatlah besar..& tidak mungkin semua jiwa muda sekarang sanggup mati berperang..mereka sanggup mati merempit..kalaulah mereka boleh nampak masa depan yang kian hancur~ ::

Thursday, October 27, 2011

Aku Juga Bahagia Jika Engkau Bahagia.. :)

selepas aku baca blog dia tadi, aku sedar, yang dia layak untuk menerima yang terbaik. dan aku sedar, jika aku sayangkan dia, aku tak perlu nak maki2 dia, membenci dia, sepatutnya aku perlu minta maaf dan sokong apa sahaja keputusan dia yang dia rasakan betul. " Sayangkan seseorang tak semestinya Memiliki ". bila aku baca blog dia, aku terkenangkan kenangan kitorang dulu. macam2 kenangan dah tercipta bersama dia. aku kadang2 tersenyum sendiri. kelakar dengan apa yang kitorang dah lalui. aku tak pernah lupa kisah kitorang yang penuh liku. terlalu banyak dugaan yang menguji kesabaran aku dengan dia. aku nih bukan lah penyabar sangat, so, aku lebih suka diam kan mulut aku jew. " Diam itu lebih baik daripada berkata-kata " kalau aku dah berkata-kata, memang aku naik hangin. dia pun jenis panas baran masa mula2 couple dulu. so, orang kata, 1 api, 1 lg msti jd air. so, aq jd lah air spnjg beberapa bulan. ha3! perang 3 segi lar.
dia suka kawan aku lah. apa lah. macam2. tapi orang kata, " Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari ". apa boleh buat. setahun kitorang tanpa ikatan. dan kitorang berusaha untuk mengikat nya balik, tapi dugaan lagi. banyak sangat dugaan. & selalunya bermula dari aku. aku yang mulakan masalah. aku tak nafikan. akhirnya, kini, dia telahpun memilih yang lain. yang lebih baik dari aku. kerana perbuatan aku juga. ha3! aku buat semua nih pasal aku nak mematangkan diri aku. aku tahu akibatnya tapi aku buat juga. setiap orang ada pandangan masing2 kan. jadi, cara aku, aku suka belajar dari pengalaman aku or pengalaman orang or pemerhatian. & biasanya aku suka buat eksperimen & bahan eksperimen nya ialah aku & org d sekelilingnya. aku memang suka cari pasal. sejak kecil lagi, dalam keluarga, aku lah yang selalu timbulkan masalah besar. tapi dari situ lah aku belajar jadi matang. dari situ lah aku boleh berfikir. apa akibatnya. tapi dia tak tahu & tak faham akan cara aku. aku cuba untuk terangkan tapi tiada kesempatan. lagipun, dia tak kan boleh terima cara aku. huwm. tak apa lah. dia pun sudah kepunyaan orang kan. aku? ha3! teruskan dengan eksperimen aku. kehidupan aku. lagipun, aku rasa dia lupa, dia sorang jew cinta hati aku. kalau dia takde, aku rasa malas kot nak kahwin. ha3! tak tahu lah. kita hanya merancang, Allah yang menentukan. tak apa lah. lagipun, aku tak kisah pun kalau aku tak ada perempuan. aku pun bukan suka anak sangat. so, untuk mengelakkan anak, jangan lah kahwin. hu3! tapi ramai yang tentang pendapat aku. tak apa lah. itu pendapat aku. " Rambut sama hitam, hati lain - lain ". apa yang aku nak bagitahu, aku gembira sangat lepas baca blog dia. aku tahu dia sedang gembira! dan aku, aku akan teruskan kehidupan aku macam biasa. jika aku tenggelam pun, tanpa dia. FULLSTOP!

Wednesday, January 5, 2011

Dua Ribu Sebelas.

sudah pun masuk tahun 2011. macam tak percaya jew. huwm. aku pun tak tahu apa azam aku tahun nih. macam tak ada azam jew. ha3. aku tak tahu nak buat apa tahun nih. tak ada perancangan. duduk rumah jew sekarang. kerja part time sementara tunggu result SPM. huwm. aku malas betul nak ambil result SPM tuh nanti. menakutkan jew. huwm. kawan2 aku pulak, semua dah lesap. ade pergi kerja, ada yang sudah menumpukan perhatian kepada bini mereka(entah kekal kew tidak), ada yang tolong parent kerja, ada yang pergi melancong(member aku g korea.tak agak2 nak melancong), ada yang menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya 'mat rempit(rosak kawan aku sorang nih)& ada yang aku sendiri tak tahu apa jadi kat dia. hidup ka mati ka. lantak arh. sape suruh tak contact aku. aku? duduk rumah. online. main gitar. main keyboard. tuh jew lah yang aku buat tiap2 hari. sangat2 membosankan. keluar rumah lagi bosan. kawan semua dah tak ada. baru-baru nih pon ktorang dapat berkumpul sekejap. selama 2 hari 1 malam. kami berkampung.eh. ber'camping' di tepi pantai.(tak tahu nak camping kat mana,bajet pon tak cukup). besh r jugak. tuh pun antara aktiviti group aku sekarang. Ahli-ahli Majlis Tertinggi. hu3. gempak ta nama group aku. itu jew lah kenangan yang ada sekarang nih. semua sekali berkumpul. lepas nih, tak tahu lah. kalau berkumpul, mungkin ada kurang seorang. mungkin 2 orang. mungkin ramai lagi. so, aku pun tak tahu nak kata apa pagi2 buta nih. cuma aku rindu kan masa zaman persekolahan aku. tadi masa aku hantar adik aku g sekolah, nampak budak2 sekolah lama aku pergi sekolah, rasa macam nak join balik jew. tapi kang tak pasal2, kena halau. ha3. dulu pergi sekolah sama2. masuk lambat. lepak sebentar di port. tunggu member,baru pergi sekolah. kitorang salu lambat pasal kawan aku sorang nih. bertuah punya budak. aiman zakwan nama dia. kalau menunggu dia, makan,berak,tengok tv,tidur pun sempat. kalau janji jumpa pukul 8, jangan risau pukul 9 lebih dia sampai. alasan tak munasabah yang dia pakai. tidur, makan, terlupa. apelah. nasib baik member. dah 5 tahun aku nasihatkan dia pasal tabiat nak mampus tuh. camtuu gak perangainya. tak pernah berubah.huwm. biarlah. buruk2 pun, member aku gak. sambung balik hal sekolah. then, datang. terus lepak mana2. salu nya garaj motor. coz lepas parking, aku duty kat situ. aku nih pengawas. hak3. teruknya aku. pengawas,datang lambat. so, aku tak masuk perhimpunan. dok jew lar kat garaj sampai budak masuk kelas. then, masuk kelas. g bilik guru. bergurau senda sama cikgu sambil tolong dia bawak buku. then, study lah. SPM ma! rehat, pergi kantin, lepak tempat biasa. aku dan kawan2 aku old skool. kitorang bawak bekal. gempak tak. dah form 5 bawak bekal. ah. aku punya suka arh. aku yang bawak, aku yyang nak makan. peduli apa aku orang lain. tapi nih cerita lagi pasal aiman. nak kata dia gemuk, tak pun. dah bawak bekal, beli lagi katt kantin. nak masuk kelas, beli pulak 'desert' untuk dimakan dalam kelas. kalau lepak kat warung bakso, nasi goreng kampung mesti dua pinggang, maggi goreng mesti double. peh. tak tahu lew perut apa dia nih. sambung balik.lepas makan, kitorang akan shopping kat koperasi. belinya satu benda jew. gaya macam nak borong 1 kedai.ha3. buat bising jew kat situ. menyemak sikit kat situ. saja nak tunggu rehat punya pasal. lepas rehat. study balik. cuma kali nih, study sambil makan. salunya aku makan kerepek. sedap. aku beli kat koperasi tadi lew. tapi, salu kantoi nan cikgu ekonomi aku. hak3. dye kalau perli, pedas oi. tapi dye lew antara cikgu kesayangan aku. kalau dia tak garang, aku tak akan pandai nye. & dye menyebabkan subject ekonomi asas & mathematics menjadi subject feveret aku selain bahasa melayu.then, loceng balik berbunyi. biasa nya kitorang tak balik agy. kadang2 ade kelas tambahan. kadang2 kitorang yang buat kelas. belajar. SPM punya pasal. kadang2 g bilik guru. tanya cikgu apa yang tak paham. bergurau senda lagi.ha3.hubungan erat dengan cikgu tuh penting.bukan nak rasuah dye. kalau baik dengan cikgu, dye akan sayang kita. bila dye sayang kita, dye akan tumpukan pengajaran kepada kita. bila dye dah tumpukan pengajaran kepada kita, mesti dye doakan kita masa kita ambil periksa. doa cikgu selalu makbul selain dari doa ibu. bila kitorang dah balik, kitorang tak balik lagi. kitorang lepak kat 1 port. nama port tuh 'pokok'. pasal ape? coz kat situ, banyak pokok yang besar gajah. lepak bawah pokok uh, redup sikit. lepak2. agak2 dah bosan. balik arh.ha3. tuh lew rutin aku setiap hari. kadang2 tuh ada gak aku pergi sekolah. coz masa aku form 5, aku sangat aktif. rajin tolong cikgu. aku pengerusi kelab. aku ajk unit beruniform. ok lah tuh coz dari form 1 sampai form 4, asik ahli biasa jew. hak3.ok lah. sampai sini saja lah. penat menaip. ok. chaw! see ya next time!