Welcome to Ronald Jack's blog.. :)
" RJ's Blog": Aku Juga Bahagia Jika Engkau Bahagia.. :)

Thursday, October 27, 2011

Aku Juga Bahagia Jika Engkau Bahagia.. :)

selepas aku baca blog dia tadi, aku sedar, yang dia layak untuk menerima yang terbaik. dan aku sedar, jika aku sayangkan dia, aku tak perlu nak maki2 dia, membenci dia, sepatutnya aku perlu minta maaf dan sokong apa sahaja keputusan dia yang dia rasakan betul. " Sayangkan seseorang tak semestinya Memiliki ". bila aku baca blog dia, aku terkenangkan kenangan kitorang dulu. macam2 kenangan dah tercipta bersama dia. aku kadang2 tersenyum sendiri. kelakar dengan apa yang kitorang dah lalui. aku tak pernah lupa kisah kitorang yang penuh liku. terlalu banyak dugaan yang menguji kesabaran aku dengan dia. aku nih bukan lah penyabar sangat, so, aku lebih suka diam kan mulut aku jew. " Diam itu lebih baik daripada berkata-kata " kalau aku dah berkata-kata, memang aku naik hangin. dia pun jenis panas baran masa mula2 couple dulu. so, orang kata, 1 api, 1 lg msti jd air. so, aq jd lah air spnjg beberapa bulan. ha3! perang 3 segi lar.
dia suka kawan aku lah. apa lah. macam2. tapi orang kata, " Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari ". apa boleh buat. setahun kitorang tanpa ikatan. dan kitorang berusaha untuk mengikat nya balik, tapi dugaan lagi. banyak sangat dugaan. & selalunya bermula dari aku. aku yang mulakan masalah. aku tak nafikan. akhirnya, kini, dia telahpun memilih yang lain. yang lebih baik dari aku. kerana perbuatan aku juga. ha3! aku buat semua nih pasal aku nak mematangkan diri aku. aku tahu akibatnya tapi aku buat juga. setiap orang ada pandangan masing2 kan. jadi, cara aku, aku suka belajar dari pengalaman aku or pengalaman orang or pemerhatian. & biasanya aku suka buat eksperimen & bahan eksperimen nya ialah aku & org d sekelilingnya. aku memang suka cari pasal. sejak kecil lagi, dalam keluarga, aku lah yang selalu timbulkan masalah besar. tapi dari situ lah aku belajar jadi matang. dari situ lah aku boleh berfikir. apa akibatnya. tapi dia tak tahu & tak faham akan cara aku. aku cuba untuk terangkan tapi tiada kesempatan. lagipun, dia tak kan boleh terima cara aku. huwm. tak apa lah. dia pun sudah kepunyaan orang kan. aku? ha3! teruskan dengan eksperimen aku. kehidupan aku. lagipun, aku rasa dia lupa, dia sorang jew cinta hati aku. kalau dia takde, aku rasa malas kot nak kahwin. ha3! tak tahu lah. kita hanya merancang, Allah yang menentukan. tak apa lah. lagipun, aku tak kisah pun kalau aku tak ada perempuan. aku pun bukan suka anak sangat. so, untuk mengelakkan anak, jangan lah kahwin. hu3! tapi ramai yang tentang pendapat aku. tak apa lah. itu pendapat aku. " Rambut sama hitam, hati lain - lain ". apa yang aku nak bagitahu, aku gembira sangat lepas baca blog dia. aku tahu dia sedang gembira! dan aku, aku akan teruskan kehidupan aku macam biasa. jika aku tenggelam pun, tanpa dia. FULLSTOP!

No comments:

Post a Comment