Welcome to Ronald Jack's blog.. :)
" RJ's Blog": Kalau kau seorang kawan, fikirkanlah~

Wednesday, February 29, 2012

Kalau kau seorang kawan, fikirkanlah~


kawan, kau tahu apakah isi kandungan & dialog2 di dalam hati aku? aku cuma nak kau tahu, luaran dan dalaman aku tak pernah sama. kalau kau lihat aku senang, ketahuilah kau bahawa didalam hati ini sedang memikirkan seribu kesusahan yang dialami. kalau kau lihat aku ketawa, ketahuilah kau hati ini sedang menangis. kalau kau lihat aku berdiam diri, ketahuilah kau hati ini sedang terseksa. kenapa luaran & dalaman aku tak sama? kerana aku suka memendamkan perasaan aku. kerana aku sedang menjaga hati kau. kerana aku sedang mengelakkan masalah yang akan kau berikan pada aku. kerana aku tidak mahu kau susah kerana aku. malam ini, aku mahu kau tahu serba sedikit isi kandungan didalam hati aku. kau tahu kenapa aku suka menyendiri di dalam bilik pada satu2 masa?pasal aku rasa, aku lebih selamat di dalam bilik. hati aku tak sakit kerana sikap kau. hati aku akan lebih tenang kerana menyendiri. terpulanglah kau nak kata aku sombong or pentingkan diri. kau nak kata aku pentingkan diri? aku dah berkorban terlalu banyak untuk kau sampai aku dah tak sanggup nak berkorban lagi. kau tak pernah nampak. aku hanya berdiam diri sahaja. kau hanya nampak pengorbanan kau saja. ya, aku nampak pengorbanan kau. tapi aku mahu tanya kau, pengorbanan kau itu ikhlas kew? kenapa kau mesti mengungkit pengorbanan kau terhadap aku bila aku tak menuruti kehendak kau? fikirkan itu kawan. kau nak tahu kenapa aku kedekut? kau nak tahu kenapa aku selalu sorokkan barang2 aku, makanan aku? pasal aku tak kaya macam kau. aku tak ada duit. aku bukan tak mahu berkongsi tapi aku terpaksa pentingkan diri setelah apa yang kau dah lakukan pada aku. kau yang ajarkan aku pentingkan diri. sebelum ini, aku beri kelonggaran pada kau untuk gunakan barang aku tapi minta izin aku. tapi apa yang kau lakukan? kau ambil sesuka hati kau dan kau simpan. mentang2lah aku ni pelupa. macam tu kew kau layan kawan kau? tak apa. aku bersabar. kenapa kalau lepas kau pinjam, kau tak pulangkan balik pada aku? kenapa mesti susah sangat aku nak dapatkan barang yang memang milik aku? sampai aku pula yang dah naik malu bertanya kau banyak kali. sampai kau dah naik angin dengan pertanyaan aku. kau kena ingat kawan, kalau aku tak bertanya banyak kali, kau takkan pulangkan barang aku. kenapa kau harus marah sekiranya aku bertanya banyak kali kerana ketidakselesaan itu kau yang pinta? kau ingat aku mahu kew tanya kau banyak2 kali? susah kew untuk bertanggungjawab dengan barang aku yang kau pinjam? kau dah guna barang aku, lepas itu kau bagi kawan kau guna. dah lah kawan kau tu aku tak kenal. kau buat macam barang kau jew kan? kau tahu apa yang aku marah? disebabkan perbuatan kau, aku dapat susah. aku pulak nak kena pinjam barang orang pasal kau dah bagi kawan kau pinjam barang aku. tuan tak dapat guna barang pasal orang lain dah guna. aku cukup tak selesa dengan perangai kau. fikirkan tuh kawan. kau nak kata aku berkira? memang aku berkira. kau baru kenal aku, kawan. kau ingat aku kaya kew dengan barang2 yang aku ada? mak bapak aku bersusah payah untuk bagi aku duit untuk aku dapatkan barang2 yang aku ada. kerana tu lah aku sayang barang2 aku. selain itu, aku yang bersusah payah cari duit dapatkan barang2 tu. lepas itu, kau suka2 buat harta. kau ingat aku kaya macam kau? kawan, aku nak kau tahu satu fakta. Baju Seed, Padini, Levi’s or anything yang branded, kau ingat aku biasa kew pakai, aku biasa kew beli? untuk pengetahuan kau, itu lah baju pertama yang aku beli dari Padini. untuk pengetahuan kau, itulah baju melayu pertama aku beli sampai rm100 lebih. dan kalau kau nak tahu, 5 tahun sejak aku form1, aku pakai baju melayu yang sama untuk beraya. pasal aku tanak mak bapak aku membazir duit beli baju untuk aku. duit beli baju aku tu boleh guna untuk belikan baju adik2 aku yang mahu rasai nikmat berhari raya selain menampung perbelanjaan keluarga. itulah baju melayu baru aku selepas 5 tahun. kau nak tahu kenapa aku sayang sangat? pasal mak aku nak aku dilihat cantik semasa menuntut ilmu di rantauan. kau ingat aku tak menangis terharu? sungguhpun tiada air mata yang menitis, hati ini menangis sebak. kau tahu kenapa aku marah bila kau guna barang aku dengan kasar? pasal aku tanak duit mak aku terbang macam tu jew. aku nak barang2 yang dibeli guna duit mak aku bertahan lama. aku tanak dia rosak. tapi kau, suka2 kau jew buat barang aku macam barang kau. yelah, bukan barang kau, watpe nak jaga kan? disebabkan pendirian kau yang begitulah, aku susah nak bagi kau pakai barang aku. kalau rosak, kau bukan nak ganti balik. Then, aku lak terhegeh2 kena minta. aku dah penat tau bersabar. kenapa aku suka kunci bilik aku? pasal kau tak tahu hargai tempat aku. aku dah kemas elok2, aku dah bersihkan, kau masuk jew, habis kotor semua. kalau kemas balik tak apa, ni kau bla camtu jew. last sekali, aku yang kena kemas. tuh sebab aku tanak kau masuk bilik aku. kau cuma bagi masalah jew kat aku. jangan marah aku kalau aku cakap camni. kenapa? kalau bilik kau, kau tahu marah. habis, aku tak tahu marah lah? fikirkan itu kawan. kenapa tiap kali kau ajak aku buat aktiviti gunakan duit, aku menolak? pasal aku memang tak ada duit. masa kau ajak aku tu, memang aku ada duit tapi fikirkan masa depan. kalau esok lusa aku susah, kau bukan nak tolong pun. jadi, untuk mengelakkan minta pertolongan kau, aku berjimat duit aku. kau tahu kenapa aku susah nak belanja kau? pasal duit tu cukup2 makan jew untuk aku. memang ada banyak. tapi kau fikir, aku nak hidup seminggu jew kew? aku nak hidup sebulan sebelum aku dapat duit seterusnya. time aku senang, kau datang lah, time aku susah, langsung tak ingat aku pun. dah lah cukup2 makan, mak bapak bagi duit tu, supaya aku makan. nih aku terpaksa berlapar pulak pasal nak belanja kau. kau pernah berlapar pasal belanja aku? aku bukan nak kedekut, bukan nak berkira. tapi cara kau tuh agak2. orang lain pun susah tau, bukan kau sorang. kau susah, kau boleh minta duit. aku pun boleh minta duit, tapi aku tak sanggup. aku tahu keadaan family aku macam mana. duit yang diorang bagi kat aku tuh dah cukup law aku berjimat & aku sorang makan. tapi dah habis kat kau. lepas tu, aku nak minta lagi. kalau diorang tanya mana pergi duit tu, aku nak jawab apa? pasal kau, aku terpaksa tipu mak bapak aku tau. fikirkanlah kawan. kau nak tahu kenapa aku lebih suka keluar? pasal aku tak tahan duduk dengan kau. ada jew benda yang salah. buat nih salah, itu salah. kau buat aku stress tau. kau perasan tak? tak pernah perasan. kau fikir stress kau jew, aku nih tade stress lah. aku diam bukan aku akur. aku cuma tak nak timbulkan masalah. kalau ikutkan hati aku, aku pun naik angin. aku tak suka bergaduh. tambah masalah jew. fikirkanlah kawan. aku dah cukup stress dengan pelajaran aku, dengan kisah cinta aku, kalau kau kawan, tolonglah jangan tambah kan stress yang dah ada. kepada sesiapa yang tidak berkaitan dengan aku, tak kenal aku pun, aku pun nak korang fikir juga apa aku tulis. mungkin bukan untuk aku, tapi untuk orang sekeliling kau. mungkin ada kawan2 kau yang senasib dengan aku. mungkin kawan2 kau yang senasib dengan aku juga memendam perasaan seperti aku. kalau kau seorang kawan, fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment