Welcome to Ronald Jack's blog.. :)
" RJ's Blog": Bila Bunga Dipetik Orang.

Tuesday, January 10, 2012

Bila Bunga Dipetik Orang.



hari ini merupakan hari paling sukar bagi aku. apa yang aku dah buat hari ini, bagi impak yang besar dalam hidup aku. apa yang aku dah buat hari ini, akan membuatkan aku kehilangan, tak akan dapat peluang langsung untuk berkawan, kehilangan beberapa kawan yang aku kenal melalui dia, kehilangan semangat aku, kehilangan hati aku, kehilangan kawan, kehilangan kawan baik, kehilangan orang kesayangan, kehilangan semua. kehilangan seorang gadis bernama Nursyafiqah Nasuha binti Shaharrudden.gadis paling bermakna dalam hidup aku sekarang.gadis yang banyak mengajar aku benda baru. gadis yang banyak memberi aku kenangan manis yang tak pernah aku dapat sebelum ini. dan hari ini, aku dah lukakan hati dia. kalau lah dia tahu isi hati aku. tapi dia tak akan tahu. dan aku menulis di sini untuk meluahkan apa yang terbuku di hati dan berharap dia akan membacanya jika dia masih sudi.


kepada Nasuha:
apa yang saya ingin tulis di sini semua nya luahan hati saya yang saya pendam sebelum ini. lama dah saya pendam semua ni. hari ini saya akan jujur kan segala nya. hari sabtu, 21 May 2011, hari kita berdua mendaftarkan diri di Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang untuk bidang yang sama, Pengurusan Perhotelan. saya tak pernah lupa tarikh nih coz ini tarikh hari jadi awak. :) saya terharu & tergelak lepas baca pengakuan awak, awak kutuk saya 'nerd' tapi tertarik pasal saya tinggi. ha3! kelakar jew. tapi sayang, saya tak nampak awak lagi masa tu. selepas kita mula belajar seperti pelajar universiti, saya nampak awak. awak selalu bersendirian. awak selalu keluar awal lepas habis kelas. saya perhatikan jew awak. :) pada 1 hari, saya nampak awak basuh pinggan mangkuk di sinki selepas habis memasak di kelas kitchen. keinginan saya untuk kenal awak makin mendalam, maka saya tak akan lepaskan peluang ini. saya mula tegur awak. sembang macam2. tapi masa tu, saya tak mahu terburu2 lagi. pertemuan kita semakin rapat selepas kelas keesokannya, habis awal. saya nak pergi keluarkan duit di mesin ATM, dalam perjalanan, saya nampak awak. saya ajak awak sekali pergi coz saya ada dengar awak nak keluarkan duit juga. pada masa yang sama, saya dapat duit 'free'.  jodoh kita bertemu lagi semasa laptop baru saya rosak. saya pergi hantar kedai & ponteng KESATRIA. malam itu saya saja bagi alasan nak pinjam laptop untuk buat surat cuti, padahal saya nak jumpa awak jew. buat surat tu, kat cc pun boleh. malam itu, saya kenal Anna, kawan awak yang memandang rendah kepada saya. betapa sedihnya saya masa itu. awak begitu takut laptop awak hilang, awak minta cagaran. saya bagi IC, kad bank saya & kad matrik saya. siap tertinggal phone lagi. :) esok nya, saya pulangkan seperti sediakala. dan mula disitu, kita mula rapat. semakin rapat. habiskan masa bersama. makan bersama. pergi kelas bersama. tengok wayang bersama. shopping bersama. & saya kenal Lily. :) kawan baik awak, ex pakwe awak sekarang. huwm. :( saya mula jatuh hati pada awak sebelum kita balik cuti mid-term, tapi saya takut untuk luahkan coz takut terlalu awal. akhirnya, awak dapat tahu selepas saya tak kasi awak berkenalan dengan kawan saya, Yusri. saya cemburu! :( dalam minggu itu juga, hari ulang tahun kelahiran saya, tapi laptop saya kena virus. saya dapat free call but just useless. masa itu, saya cuma ingat awak. kerana itu lah, saya banyak kali call awak. saya jatuh hati lagi selepas dengar suara manja awak. buat pertama kali nya. saya bagai dilamun cinta. berada di awang-awangan. awak nak tahu mana saya simpan record tu? berada selamat di rumah saya. saya tak kan bawa ke Penang coz saya tahu awak akan check. saya dah keluarkan awal-awal dan simpan di pendrive saya lagi satu di rumah. pendrive tu saya beli hanya kerana nak simpan record tu. ha3! :D kini awak dah tahu kan record tu dimana. hee~ lepas tu, saya tak sabar2 nak balik. coz saya nak jumpa awak! awak lah orang paling saya rindu! hari yang berlalu, semua bersama awak. masa itu, awak kesusahan, awak tidak dapat duit dari mak awak kerana saya. saya bawa kereta ayah awak ke rumah awak masa kita pergi interview pengurus hotel 'Grand Continental'. saya minta maaf awak.then, satu hari, awak buat semua yang saya suruh, dengan alasan, awak akan buat apa sahaja asalkan ada orang bagi awak makan coz awak tak ada duit. sory awak. selama ni, apa sahaja yang saya belanja awak, bukan kerana awak buat semua yang saya suruh. saya belanja awak, belikan apa sahaja yang awak mahu, coz saya mahu lihat awak senyum, senang. tidak menghadapi kesusahan. tambah2 lagi, bila saya tahu, latar belakang keluarga awak. saya rasa kasihan sangat pada awak. Sunway Carnival dah menyaksikan segala-galanya, semua kenangan manis kita. Just Pizza adalah saksi utama. kedai kegemaran kita. :) masa itu saya nak belanja awak berbuka puasa kat Pizza Hut, tapi penuh! terpaksa lah berbuka di tepi jalan. saya ajak awak pergi duduk di kerusi di Just Pizza tu coz kita kan dah beli roti dia, mesti boleh duduk. rupa nya kena order. malunya! :) nak tutup malu, saya order jew lah. kita luahkan perasaan, shopping. bulan puasa tahun lepas merupakan bulan puasa paling indah bagi saya kerana disamping awak. awak tahu, saya terharu sangat awak bangun awal semata-mata untuk hantar saya balik di Penang Sentral semasa cuti Hari Raya Aidilfitri. kenangan pagi itu tak akan saya lupakan. masa tu, saya dapat rasakan cinta awak. semasa saya di Melaka, saya tersentuh dengan ayat awak yang tak bagi Kyla pegang tangan saya sebab awak cemburu! coz awak dapat tahu saya keluar berbuka dengan dia. saya terkejut dengan ayat itu. saya tak lupa sampai hari ini. mungkin sampai bila-bila. balik sahaja dari cuti, saya jemput awak di jeti. awak balik naik feri. hee~ gembiranya saya masa itu. :) selepas itu, kita lalui hari-hari yang indah sehinggalah kita ke Kedah. awak tahu, saya begitu terasa dengan awak. saya terasa awak menduakan saya. Ya Allah. masa tu, Tuhan saja yang tahu. malam itu saya naik angin bukanlah kerana minyak kereta nak habis, tapi saya marahkan awak. esoknya pula, ayah kawan baik saya, Ibrahim meninggal. masa itu, saya terasa menyesal ikut awak pergi. masa itu saya juga terasa menyesal gunakan Ibrahim sebagai alasan ikut awak pergi. selepas itu, kita berbaik semula. hairan kan? kan saya dah kata, saya akan jadi buta bila sayangkan awak. saya akan berubah kerana awak. sehinggalah kita pergi kL sama-sama masa cuti semester. ya Allah. sayangnya nak bagi awak pergi dengan Mahathir. Allah jew tahu hati saya meronta-ronta. cuti semester tu, banyak buatkan saya sakit hati dengan awak. memang saya beri keizinan awak pergi dengan orang lain, tapi hati lelaki mana yang tidak sakit lihat gadisnya keluar dengan lelaki lain. saya mengaku, awak jadi begitu kerana saya. saya selalu sangat keluar dengan Kyla, Nooraniza. tapi masa tu, saya marah sangat dengan awak. lepas naik cuti, orang yang saya paling tak sabar nak jumpa ialah awak. walaupun saya marahkan awak. minggu pertama semester kedua berjalan dengan baik. sehingga lah hari isnin minggu kedua, perasaan cemburu saya pada Nas, membuatkan awak sakit hati. pergi meninggalkan saya di dalam hujan lebat. esok itu saya berusaha memohon maaf awak. berjaya. hari jumaat minggu itu, awak mengamuk. awak dapat tahu saya menggatal dengan orang lain. tapi awak tak pernah tahu, yang saya hanyalah melepaskan marah saya pada perempuan lain. coz saya takut nak cakap kat awak, saya marah. nanti awak marah saya balik, saya kena pujuk balik. saya tak suka cari susah, awak. dan awak pun mula rapat dengan pakwe awak sekarang. semakin lama, semakin melampau. saya sedar malam itu, saya akan kehilangan awak selama-lamanya. tapi saya seboleh2 tak mahu berputus asa. tapi sayang, seribu kali sayang. apa yang saya buat, hanya memburukkan keadaan. akhirnya, awak terus pergi kepada dia. bodohkan saya. :) saya terlalu takut kehilangan awak membuatkan saya kehilangan kewarasan diri saya. hari2 selepas itu, saya penuh dengan lakonan, awak. saya cume berlakon sahaja yang saya relakan awak pergi dengan pakwe awak sekarang ini. semata-mata, saya tak mahu awak pergi dari hidup saya. tapi hati ini, Allah jew tahu. saya rasa, awak tahu, saya ini bagaimana. mulut kata lain, hati kata lain. tapi awak, berapa lama saya perlu berlakon. saya dah tak tahan lagi. sakit hati ini dah tak mampu dibendung lagi awak.dan malam tadi, 9 Januari 2012, saya begitu terasa yang tak mampu di tahan. selepas awak pergi, saya dah tak mampu menahan marah saya. saya baca diari yang awak bagi untuk ke berapa ratus kali, coz setiap kali marah, diari itu yang menenangkan saya. tapi tak bertahan lama. hari ini saya putuskan hubungan kita. saya pulangkan segala-gala kenangan yang mengingatkan tentang awak. awak. saya ada sebab kenapa saya minta sweater awak, tapi saya pulangkan lukisan & diari awak. sweater awak akan membuatkan saya merasa awak ada dalam diri saya. awak ada dalam hati saya. walaupun hanyalah bayang2 awak sahaja. saya pulangkan lukisan & diari awak coz semua itu memberitahu saya tentang perasaan awak. itu yang membuatkan saya menangis. coz awak dah tak cinta saya lagi. saya pulangkan lukisan untuk birthday saya coz lukisan itu untuk tarikh birthday saya, tarikh dimana saya mula hatuh hati pada awak, tarikh dimana awak berucap manja kepada saya. setiap kali saya lihat gambar itu, saya teringat kenangan itu. saya dah tak mahu ingat semua itu, kerana semua itu sudah tiada lagi. awak dah tak cintakan saya. awak dah ada orang lain. awak. saya memang loser. saya tak sehebat pakwe awak sekarang. dia mampu untuk tinggalkan Lily, lepas itu, suka pada awak. cinta saya ibarat nyawa nilainya. datanglah berjuta gadis gebu, cantik, menawan, kaya untuk memikat saya, jika cinta saya untuk awak, selamanya untuk awak. seperti saya pernah cakap, ia akan memakan masa yang lama untuk menghilangkan cinta itu untuk awak. mungkin 6 bulan, setahun, dua tahun. dalam tempoh itu juga, saya akan merosot. tapi kini saya runsing, kerana saya takut menjejaskan prestasi saya di Universiti. itu yang menjadikan saya kurang waras dalam tindakan saya. saya perlukan masa untuk hilangkan cinta itu, tapi saya juga terpaksa study dalam keadaan jiwa kosong. macam awak tahu, saya tidak boleh belajar jika saya tidak mahu. tapi saya terpaksa. seperti awak tahu juga, saya tak akan boleh melakukan apa-apa jika saya tidak ikhlas untuk melakukan nya. huwm. percayalah, segala perbuatan baik & jahat saya, sehingga melukakan awak, salah di mata awak, semuanya kerana awak. puncanya ialah awak. puncanya ialah kerana terlalu sayangkan awak. sakit nya hati ini awak. saya tahu awak pasti akan bosan & benci baca segala karangan saya. saya yakin awak dah tak akan percaya lagi kata-kata saya. tapi untuk apa lagi saya berbohong, berlakon untuk bersama awak, jika saya tak bahagia lagi macam dulu, jika hati awak sudah ada pada orang lain. saya sudah sehabis jujur hari ini. jika awak masih tidak percaya bahawa segala perbuatan buruk saya adalah kerana awak, awak boleh pertikaikan & saya akan jawab dengan jujur, tanpa lakonan lagi. saya dah putus asa. awak pun dah tak mahu ambil tahu pasal saya lagi kan. tak apa lah, saya yang pinta masalah, saya akan tanggung sendirian. terlerailah janji kita, susah senang bersama. :) tapi saya akan follow up keadaan awak, kerana saya masih lagi tidak mahu awak susah walaupun saya sudah putus asa, kecewa yang melampau, patah hati yang tidak akan bercantum semula. terima kasih jika awak sudi baca karangan saya yang berjela-jela ini. kan saya kata, kenangan kita terlalu banyak. halalkan segala-galanya. saya juga halalkan segala-galanya. buat masa ini, saya mahu bersendirian. saya berharap suatu hari nanti, hubungan kita akan terikat semula dan kenangan indah kembali berputik. biarkan saya hidup di dalam bayang-bayang awak. ia mungkin membantu saya untuk bangun dan belajar dengan berbekalkan kenangan kata-kata semangat awak. terima kasih untuk semua. Nasuha~
*saya menulis ini bukan lagi untuk membuat awak sakit hati, meminta simpati or apa2 yang awak fikir. apa saya tulis, semua adalah bait-bait puisi yang saya ingin luahkan. :)

2 comments:

  1. serius ko sweet gile !! tapi sayang, cinta suci kau hadir pada hati yang silap. tapi percayalah, percaturan TUHAN adalah yang terbaik. bersabarlah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sweet? ha3! :D kalau sweet, takde kena tinggal. itu namanya tak matang. huwm. sedang bersabar. tapi saya kasihankan kawan saya yang turut terkena tempias nya. :D

      Delete